“Ada juga masukkan Mommy Maryam..” Fizo Omar K0ngsi Ucapan Buat Anak, Nmun ada yg perasan sesuatu

Anak kepada pelakon kacak Fizo Omar, Wan Maryam Wan Hafizol menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat pada 29 Disember lalu.

Menerusi laman sosial Instagram Fizo, dia berkongsi momen-momen bersama anaknya dari kecil sehingga lah menginjak usia empat tahun untuk tatapan umum.

“Nikmat rezeki Allah. Tiada kata yang mampu diucapkan bertapa bersyukurnya saya kerana memilikimu dalam hidup ini. Semoga terus membesar dan menjadi anak yang solehah dan berjasa kpd daddy, mummy dan ummi. Happy Birthday to you my lovely ting ting Wan Maryam Wan Hafizol..” katanya menerusi kapsyen.

video

Ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Maryam beserta doa yang baik-baik. Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen seorang individu yang mengatakan dia kagum dengan aktor itu apabila turut memasukkan foto bekas isterinya, Mawar Karim yang melahirkannya.

“Salute..ada juga masukkan pict mommy Maryam yg melahirkan dia..Sanah helwah Maryam semoga menjadi ank yg soleh..”

“Naseb baik ada selit gambar org yg berjuang lahirkan Maryam..”

Selain itu, Mawar juga turut menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya menerusi entri di Instagramnya. Hantaran video itu menerima banyak ucapan hari lahir dari wargamaya.

Sekadar info, Fizo, 36, pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim, pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Pada bulan Oktober 2021, Fizo menamatkan zaman duda bersama isterinya, Fazeera Nazri, 25, di sebuah resort Janda Baik, Pahang.

 

Sumber: Instagram Fizo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*