Kongsi Gambar Imbasan Bayi. Sekali Ramai Yang Teka Elisya Sandha Sedang Hamil.

Adakah pelakon Elisya Sandha kini sedang hamil? Hal itu yang menjadi tanda tanya peminatnya apabila adik kepada Fasha Sandha itu dilihat berkongsi potongan gambar imbasan bayi pada sebuah video yang dimuat naik di Instagram. Menerusi video yang berdurasi 11 saat itu, Elisya membawa pengikut untuk mengimbas kembali momen-momen manis sepanjang 2021 bersama suami, keluarga, dan juga rakan-rakannya.

Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi, terpacul satu gambar yang imbasan yang mungkin memberi gambaran bahawa Elisya kini sedang berbadan dua. Meninjau komen-komen di Instagram, ramai juga antara peminat yang perasan gambar imbasan yang dikongsi Elisya dan mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

“Baca di Facebook cakap nampak scan baby. Laju sangat videonya hebat sape yang perasan tu. Apa-apa tahniah semoga sentiasa sihat,” tulis seorang peminat. “Tahniah Elisya dan seluruh keluarga. Haritu masa Elisya pergi makan nasi kandar kemudian kata lepas makan semua terkeluar balik tu dah agak dah awal mesti pregnant ni. Alhamdulillah,” kongsi seorang lagi peminat.

Dalam pada itu, ibu mentua Elisya iaitu pelakon dan penerbit Sheila Rusly turut mengucapkan alhamdulillah pada ruangan komen. Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy iaitu anak kepada Sheila mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Elisya dan Uzair berkenalan dan mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun sebelum kedua-duanya memutuskan untuk mendirikan masjid. Sumber : Gempak

Tak Sihat Gara Gara Terlalu Sibuk. Elisya Sandha Buat Keputusan Untuk Berehat Sebulan Dan Ada Rancangkan Sesuatu.

Elisya dan suami ada perancangan untuk menimang cahaya mata. Memilih untuk berehat selama sebulan, pelakon Elisya Sandha berkata dia mahu fokus kepada hal rumah tangga selain mengakui keadaan kesihatan kurang baik sejak kebelakangan ini. Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, dia berehat bukan kerana sudah berbadan dua, sebaliknya mengumpul tenaga sebagai persediaan sebelum melangkah ke tahun baharu.

“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga baharu saya. Tapi bukanlah disebabkan itu (berbadan dua), saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja, jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah sahaja. Perancangan (anak) itu ada…doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada mStar.

Elisya ditemui semasa sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara maya pada Selasa. Elisya berkahwin dengan pengurus produksi yang juga merupakan anak penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos lalu.

Walaupun dah empat tahun saya dalam industri lakonan tapi saya rasa banyak lagi benda saya kena belajar!

Pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Perlis pada 19 Disember lalu. “Alhamdulillah majlis resepsi di Perlis akhirnya berjaya dilaksanakan. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga sebelah suami dapat bersua muka dengan keluarga saya di sana. Biarpun begitu, majlis berkenaan berlangsung serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Itulah kelainannya kerana berkahwin mengikut norma baharu. Alhamdulillah semua orang faham,” ujarnya.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memaklumkan bakal sibuk pada tahun depan dengan penggambaran drama, malah dia juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni. “Perancangan 2022 akan ada banyak lagi drama. Walaupun dah empat tahun saya dalam industri lakonan tapi saya rasa banyak lagi benda saya kena belajar. Saya teringin nak bawa watak antagonis, memang tak pernah dapat watak begitu. InsyaAllah tahun depan saya akan ambil peluang itu. Selain itu, kalau ada rezeki saya nak ambil short course dalam performing art,” ujarnya.

Bercakap mengenai Oh My Hantaran, drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua itu bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 pukul 8.30 malam. Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya) iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua, namun hubungan itu tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail.

 

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*