Ustaz Azhar kongsi punca sebenar undang banjir, bukan sebab jarakkan saf solat

PETALING JAYA – Tuduhan bencana banjir besar yang berlaku adalah kerana bala yang diturunkan oleh Allah kerana tidak rapatkan saf ketika bersolat jemaah di masjid adalah tidak benar.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus melalui satu perkongsian ceramahnya di Facebook berkata, tuduhan yang dibuat itu langsung tidak tepat dan terlebih dahulu perlu belajar ilmu fardu ain.

“Ini perlunya belajar fardu ain, jangan la sibuk kaji dajjal, ashabul kahfi, kaji yahudi Israel semua. Fardu ain tidak belajar. Tak salah nak kaji tapi belajar dulu.

“Hukum rapat sah wajib atau sunat? Hukum dia adalah sunat yang wajibnya adalah solat, ulamak Feqah berkata, siapa yang sengaja tidak rapatkan saf tidak berdosa, tapi kalau rapatkan dapat pahala,” jelasnya.

Katanya lagi, menurut beberapa kitab, Allah menurunkan bencana besar adalah kerana dua sebab iaitu pertamanya adalah melakukan maksiat dan benda haram termasuk berjudi secara terang-terangan.

Ustaz Azhar Idrus berkata tuduhan yang dibuat itu langsung tidak tepat dan terlebih dahulu perlu belajar ilmu fardu ain.

“Manakala kedua adalah, orang yang sepatutnya mencegah dan menegur tetapi mereka berdiam maka Allah menurunkan azab seperti ini.

“Jadi di situlah azab diturunkan, orang jahat kena orang baik pun kena, maka jika disebutkan bencana inilah ujian kepada orang beriman, jika kena kepada musuh Allah itu adalah azab,” jelasnya.

Katanya, jika ingin mengulas pasal bencana atau apa-apa sekalipun, biarlah faham tentang ta’arif (pengenalan) terlebih dahulu.

“Bahaya, kita ni dah la tidak tahu apa-apa, bagitau orang. Kita dah menipu orang lain ‘like’ pula. Itu sebabnya habis selerak (kucar-kacir),” katanya.

Arab Saudi wajibkan semula pelitup muka, penjarakan sosial

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis.

Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri (MoI) Saudi melaporkan keputusan itu dibuat selepas kes harian jangkitan C0vid-19 di negara itu kembali melonjak.

Sehingga Selasa, Arab Saudi mencatatkan 602 kes jangkitan baharu, 147 kes sembuh dan satu kematian.

Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19, antaranya individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka.

MoI menjelaskan semua prosedur dan arahan semasa tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan, berdasarkan perkembangan situasi epidemiologi tempatan dan global.

MoI turut mengulangi gesaan supaya orang ramai mematuhi langkah berjaga-jaga dan segera melengkapkan dos v4ksinasi mereka.

Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis. Foto AFP

kredit: Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*