Baru Je Mawar Dedah Jawapan Maryam. Sekali Fizo Omar Tampil Jawab Dkwaan Bekas Isteri Abaikan Anak Waktu Bercuti.

TAK masuk akal! Itu jawapan Fizo Omar atas dkwaan bekas isterinya, Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, dia pastinya memanfaatkan waktu yang ada bersama anaknya itu sebaik mungkin.

“Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada. Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia,” jelas Fizo.

Bekas isteri Fizo, Mawar Kaarim bimbang apabila anak mereka mengadu sedih. Pada Isnin, Mawar berkongsi satu hantaran di Instagramstory luahan sedih anaknya. Menurut Mawar, ada individu menghantar gambar Maryam keseorangan ketika bercuti bersama Fizo sekeluarga di sebuah taman tema di Johor.

Sementara itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menegaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri sangat baik. Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia. Dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menilai hanya kerana sekeping gambar atau sebarang dkwaan yang belum tentu sahihnya.

“Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan. Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak s.3rang saya. Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya,” tambahnya lagi.

Fizo menjelaskan hubungan Maryam dan isterinya sangat rapat. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun berpisah pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Terkejut Mawar Karim Bila Maryam Cakap Mcm Ni Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi 

Terdahulu Usahawan Mawar Karim dituduh tak ‘move on’ selepas mendakwa anak perempuanya, Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya, Fazeera Nazri, baru-baru ini.

Bab anak memang tak ‘move on’

Menerusi Instagram Stories, Mawar berkongsi tangkapan skrin (screenshot) seorang yang warganet yang mengatakan Mawar tak pernah berkongsi gambar dengan Maryam di media sosial. Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?

Tidak mendiamkan diri, Mawar menjawab spekulasi itu dengan memberi penjelasan panjang lebar. Tegas Mawar, Maryam memang tinggal bersamanya dan hanya bertemu dengan Fizo dua minggu sekali. Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.

Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap 5 minit buat live letak Marya, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak sakit Ain dan hasad. Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam.

Maryam merajuk sikit

Tambah Mawar, dia menerima foto Maryam seorang diri itu daripada seorang individu namun tidak didedahkan identiti. Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.

Satu lagi ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, mummy Maryam merajuk sikit.

Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh. Menerusi hantaran berbeza, Mawar memuat naik video Maryam yang memaparkan dia menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya kenapa dia bersendirian di sana. Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad. Sumber: mstar

Lepas Je Mawar Persoalkan Anak Keseorangan Masa Bercuti. Kali Ni Kakak Fizo Omar Tampil Dedahkan Keadaan Sebenar.

Pelakon lelaki Fizo Omar membawa seisi keluarganya bercuti ke Legoland, Johor untuk beriadah dan beristirahat. Perjalanan percutian itu dikongsikan Fizo dalam hantaran di akaun Instagram miliknya sejak malam kelmarin. Namun apa yang menarik perhatian ketika percutian tersebut adalah, bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim memuat naik sesuatu di Instagram (IG) Storynya. Dia meluahkan rasa terkejut melihat foto Maryam seperti sedang dibiarkan duduk berseorangan pasa satu ketika.

Indah khabar dari rupa

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.

Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka. Mawar turut meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan. Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata warganet mendakwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera. Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.

Sosial media dan kehidupan sebenar

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’. Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

Mawar juga meletakkan tanda pagar indah khabar dari rupa serta membandingkan kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar. Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah, IG Story itu seperti ditujukan kepada pihak Fizo kerana memuat naik foto Maryam ketika sedang bercuti.

Kakak Fizo ‘Balas’ Balik

Namun, menerusi akaun Instagram kakak kepada Fizo, dia seakan-akan ‘membalas’ dakwaan Mawar mengenai salah faham tersebut dengan mengatakan tidak mungkin mahu meninggalkan budak kecil berseorangan. “Most of the ride kat Legoland ni utk budak2. So these are our VVIP yg nak kena dijaga. Eh takkan lah nak tinggal pulak..” katanya.

Sebelum ini Mawar pernah memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam. “Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

“Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya. Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian arganet juga adalah Fazeera kini seperti sedang hamil kerana menerusi ruangan komen pada foto percutian mereka, warganet bertanya ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Terdahulu, Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Lelaki perlukan perempuan – Fizo Omar

DARI raut wajah dan setiap kerlipan matanya sahaja, lelaki dengan nama lengkap, Wan Hafizol Wan Omar, 36, itu terlihat bahagia. Dia bahagia menjawat peranan suami buat kali kedua. Dia juga bahagia kembali mempunyai isteri selepas dua tahun hidup ‘menduda’.

Ungkap Fizo, sekitar sebulan bergelar suami kepada Fazeera Nazri Aziz, 25, banyak perihal yang dipelajari, terutama dalam bab menguruskan bahtera rumah tangga. “Alhamdulillah. Dua tahun duduk dalam ‘showroom’ lama sangat, baru sebulan lebih kahwin, saya rasa ada orang jaga. Itu satu. Kemudian, rasa seronok apabila ada tulang belakang.

“Sebagai seorang lelaki, berjaya macam mana sekalipun, kaya macam mana sekalipun, saya percaya, kita tetap perlukan perempuan. Tak payah sombong, tak payah berlagak,” katanya saat ditemui penulis di FV ATV Park, Bidaisari Resort, Janda Baik Isnin lalu. FIZO mengakui, realitinya, semua lelaki sangat memerlukan kehadiran seorang wanita dalam kehidupan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*