Terkejut Mawar Karim Bila Maryam Cakap Mcm Ni Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal

Usahawan Mawar Karim dituduh tak ‘move on’ selepas mendakwa anak perempuanya, Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya, Fazeera Nazri, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Maryam Dah Nak Ada Adik’ – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Isteri, Fizo Omar Terus Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Anak ‘Keseorangan’ Ketika Bercuti, Hashtag #IndahKhabarDariRupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Bab anak memang tak ‘move on’

Menerusi Instagram Stories, Mawar berkongsi tangkapan skrin (screenshot) seorang yang netizen yang mengatakan Mawar tak pernah berkongsi gambar dengan Maryam di media sosial.

Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?

Tidak mendiamkan diri, Mawar menjawab spekulasi itu dengan memberi penjelasan panjang lebar. Tegas Mawar, Maryam memang tinggal bersamanya dan hanya bertemu dengan Fizo dua minggu sekali.

Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.

Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap 5 minit buat live letak Marya, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.

Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam.

Maryam merajuk sikit

Tambah Mawar, dia menerima foto Maryam seorang diri itu daripada seorang individu namun tidak didedahkan identiti. Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.

Satu lagi ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, mummy Maryam merajuk sikit.

Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh.

Menerusi hantaran berbeza, Mawar memuat naik video Maryam yang memaparkan dia menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya kenapa dia bersendirian di sana.

Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad.

“Budak-budak Tak Pandai Menipu”

Seorang pengikut Mawar tampil membidas sesetengah netizan yag masih tidak move on kerana Mawar kelihatan sangat gembira dengan kehidupan beliau sekarang

“Youtuber punya lah kecoh pasal mawar komen pasal anak duk jauh tiada yg pantau, patutnya mawar boleh saman you tuber yg kurang ajar mcm nak menjatuh kan maruah, segelintir netizen pulak komen mawar x move on. Aku rasa segelintir netizen ni yg xmove on. Mawar hidup ok je, ingat kumbang seekor ke kat dunia ni smpi nk kata org xmove on. Sakit jiwa aku rasa yg mana segelintir netizen yg xmove on ni.”

Menjawab komen tersebut, Mawar menjelaskan yang budak-budak tidak pandai menipu

“@syikin.gaddafi la tu no sat depa ni . Nk kena cubit ni . Tu la Maryam balik bila cheq tanya why, Maryam bgtau Maryam merajuk sikit ? Alahai Maryam ni budak2 setahu kita budak2 ni tak pandai menipu. Tapi tak tau la Maryam bukan pandai nak main IG or FB nak load gambar or taip. Ya dik kalau bab anak memang tak move on. Kita ni menatang minyak yg penuh utk anak,tapi agak terkilan bila seorang hamba Allah sent pictures dekat kita lagu tu punya cara, apa perasaan ya?Bab lain ni alhamdulillah hanya Allah saja tahu. Depa tak pernah rasa apa kita rasa, lalui. Hanya melihat. Sebab tu di media social kita ni load yg indah2 saja, kadang2 menggunakan orang lain sebagai bahan content utk media social. Erti kata reality lain fantasy ternyata berbeza. Apa pun pesanan utk diri sendiri jgk dik. Sy ni bukan perfect banyak kekurangan tapi sy percaya semua ibu akan buat terbaik utk anak2 mereka . terkilan jika anak tiba2 orang yg tak kenal sent pictures macam tu. Part paling kelakar org lain melatah try hard pulak. Chill2 cukup”

Mawar juga ada memuat naik beberapa IG story menjelaskan keadaan sebenar dan ada menayakan perkara tersebut kepada Maryam

“Mummy, Maryam merajuk sikit”

Kenapa Maryam Alone, Maryam sad ke?”

“Maryam Sad”

Terdahulu, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Instagram @mawar_karim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*