Peminat mula doa Wany Hasrita, Fairuz Selamat dijodohkan. Ini reaksi tuan punya badan

KUALA LUMPUR: “Semoga kalian berjodohan. Amin”

Itu reaksi netizen berhubung sekeping gambar dimuat naik penyanyi, Fairuz Selamat di Instagram (IG).

Bekas anggota kumpulan Q-Face itu mencuri perhatian selepas berkongsi gambar bersama rakan artis, Wany Hasrita baru-baru ini.

Menerusi kapsyen, Fairuz memberitahu agak lama tidak bertemu dengan rakan-rakan artisnya.

“Ramai kawan-kawan yang sudah lama tak bersua muka.

Apalah cerita mereka di sana,” tulis Fairuz.

Perkongsian Fairuz itu mengundang komen-komen nakal netizen yang melihat keserasiannya bersama Wany.

“Ini namanya jodohkan awak @fairuzselamat” tulis pengguna akaun IG aimikahar.

Fairuz beberapa tahun lalu pernah membuat kenyataan bahawa dia dan Wany sedang berkawan rapat.

Dia juga menyatakan bahawa Wany memiliki ciri-ciri wanita yang dimahukannya.

Namun kedua-kedua selebriti tersebut tidak pernah menyatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Fairuz Q-Face Buka Mulut Hubungan Dengan Wany Hasrita

Bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat akui penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Wany Hasrita mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya dengan dia berkawan rapat. Ya, dia memang ada ciri-ciri wanita yang saya mahukan,” kata Fairuz.

Malah, beberapa sifat dimiliki Wany membuatkan Fairuz berasa selesa menjalinkan persahabatan dengan beliau.

“Saya senang dengan sikapnya yang baik, easy going dan tak control cun,” katanya.

Biarpun begitu, Fairuz yang kini berusia 32 tahun enggan mengganggu tumpuan Wany kerana penyanyi itu sedang sibuk membina nama dalam dunia hiburan.

Apatah lagi mengenangkan pelantun Menahan Rindu itu pastinya mempunyai beberapa kawan lain yang sedang dikenali.

“Memang saya dan dia berkawan, Tapi, saya pun yakin Wany juga ada berkawan dengan orang lain juga,” katanya.

Jujurnya, kata Fairuz, mereka gemar berbual dalam mesej peribadi meskipun jarang bertemu.

“Sebenarnya, kami pun jarang berjumpa tetapi kerap berbalas mesej. Kalau berjumpa pun apabila kami terlibat sama dalam acara hiburan.

“Lagipun, dia agak sibuk dengan kariernya. Jadi, saya perlu menghormati waktunya,” katanya.

Dalam pada itu, Fairuz turut mendedahkan niatnya untuk berkolaborasi dengan Wany menerusi single lagu duet.

“Sebelum ini, kami pernah berduet dalam aplikasi Smule.

“Pernah juga kami menyanyi bersama dalam pelbagai acara hiburan,” katanya.

Wany mengenali Fairuz sebelum menceburi bidang seni lagi. Foto Instagram: @fairuzselamat.

Sumber berita: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*