’Anak-Anak Syurga..’ 2 Beradik MeninggaI Dunia Selepas Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah

Dua beradik warga Myanmar meninggaI dunia dipercayai selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi.

Mngsa, Nizambudin, 4, dan adiknya, Ngei Jamaludin, 2, dilaporkan meninggaI dunia pada 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, poIis menerima maklumat kejadian itu pada 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu melihat keduanya berada berhampiran tong smpah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih dipercayai setelah makan sisa makanan tercemar dari tong smpah di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut di sini petang tadi sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berhampiran.

“Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak terbabit bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai makan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah di kawasan mereka ditemui.

“Pengesahan kmatian mereka dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-duanya dihantar ke Unit F0rensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian saringan C0VID-19 dan proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini diklasifikasikan sebagai kmatian mengej0t (SDR).

Salam takziah, alfatihah anak anak syurga.

 

Sumber : DB, HM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*