[VIDEO] Jebat Jayden Dem4m Dipujuk, Cara Dia Jawab Buat Ramai Terhibur!

Anak kepada pelakon lelaki Sharnaaz Ahmad yang diberi nama Jebat Jayden ini sering menjadi perhatian umum. Semakin meningkat usia makin bijak dan pelbagai telatahnya membuatkan warganet terhibur menyaksikan rakaman anak kecil ini.

Satu rakaman yang memaparkan anak kecil ini sedang terbaring kerana demam selepas mengukur suhu. Kedengaran suara seorang wanita yang cuba pujuk Jebat dengan memberitahu supaya jangan risau.

Namun reaksi Jebat yang petah berkata-kata membuatkan ramai terhibur. Kedengaran Jebat membalas yang dia tidak risau kerana dirinya budak baik. Memang bijak!

Berikut adalah rakaman Jebat Jayden demam dipujuk yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok noorkartini66:

@noorkartini66 Kesian cucu dadhi demam.. doakan jebat jayden ahmad soleh sehat ye#fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Kartini

Alahai memang comel dan bijak sungguh! Puji diri sendiri pun boleh ya. Apa-apa pun perkongsian rakaman Jebat Jayden demam dipujuk ini telah meraih lebih 879 ribu tontonan dan 95 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan keletah Jebat ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Saya tak wisau..Saya memang baik je”

“Ahahaha saya tak risau saya risau saya memang baikkk..Ahahaha anak soleh ni”

“Cute je. Okay okay saya tak ghisau sya tak ghisau saya memang baik”

“Ala chiannn..Saya tak risauuuu. Clever boy betul”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*