Akhirnya Erra Fazira tampil beri respon selepas dikatakan kahwin dengan VVIP berstatus menteri

Kuala Lumpur – Sudah terlalu kerap bintang jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira, 48, dijodohkan dengan lelaki pelbagai usia dan status sejak bergelar j.anda hots lapan tahun lalu. Namun, satu demi satu gosip yang menerpa hidupnya hilang dibawa angin lalu apabila Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menafikan kebenarannya.

Meskipun sudah penat menafikan ataupun melafazkan janji tidak berahsia jika kembali bergelar isteri, namun, dakwaan berkahwin secara rahsia dengan lelaki berstatus kenamaan terus bertiup kencang. Bertemu Erra yang kini membintangi filem Rumah itu sekali lagi menegaskan, beritanya berkahwin dengan seorang VVIP berstatus m.enteri tidak benar sama sekali. Hingga saat ini, statusnya masih single.

“Saya masih ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak perempuan. Tanggungjawab cukup besar kerana saya mahu mendidik Engku Aleesya Engku Emran menjadi anak yang sempurna dan diberikan memberi bekalan secukupnya menghadapi masa depan. “Sehingga saat ditemubual ini, saya masih menggalas gelaran ibu tunggal. Sebagai selebriti, saya anggap apa yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan.

“Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni, saya sudah banyak kali dijodohkan dengan pelbagai jenis lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila d.akwaan ini timbul,” katanya. Mengulas kenapa bila sebut nama Erra Fazira, pasti dikaitkan dengan golongan VVIP, bintang filem Sembilu dan Soal Hati itu berkata, sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan lelaki muda, tetapi ada juga mempersoalkan hubungan mereka.

“Apabila didakwa mempunyai hubungan lelaki berpangkat, tetap juga menjadi bahan perdebatan. Pada usia sekarang sekiranya bertemu jodoh, saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan Allah. “Tiada lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti sebelum ini. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Dijolok tduhan mendapatkan nasihat pelakon dan produser, Datuk Ziela Jalil sebagai rujukan untuk hidup bermadu, Erra hanya ketawa. “Saya sudah agak pasti ramai yang ingat saya adalah artis dimaksudkan. Saya ada membaca cerita ini, tak dinafikan ramai juga bertanya.

“Namun, bukan saya artis yang mendapat nasihat Ziela pasal hidup bermadu ini. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengan Ziela,” katanya. Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan kononnya bernikah dengan Erra pada Oktober, tahun lalu.

Erra pernah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga. Pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berpisah pada 2006. Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Ikatan perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Ada Artis Wanita Tampil Hubungi Ziela Jalil Minta Tips Sebagai Isteri Kedua. Sekali Ini Nasihat Padu Datuk Ziela Jalil.

Hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil mengaku pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua. Ziela yang juga pelakon terkenal era 1980 an menddahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.

“Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu. Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan. Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan. Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu,” katanya.

Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya

“Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi, dengan cara berdi.plomasi dan mereka faham. Kita tidak mahulah dit.dvh men.ipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai,” katanya. Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.

“Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kritikan warganet. Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka. Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja,” katanya yang pernah membintangi filem Mr OS dan Driving School ini.

Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas m.enteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.

Pada 2019, dia sekali lagi bertemu jodoh dengan suami orang apabila menikahi Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, Sabtu lalu.

Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah Pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin. Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.

“Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Tapi inilah yang dinamakan rezeki. Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik. Tampak pre.mium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik,” katanya.

Bermadu kali kedua, Ziela Jalil tidak pernah mahu berahsia

Apa kudrat yang Datuk Ziela Jalil ada untuk menahan ketentuan takdir bertemu jodoh dengan suami orang buat kali kedua. Kerana itu, sejak lebih dua tahun kembali melayari bahtera rumah tangga, pelakon dan penerbit drama terkenal tanah air itu berlapang dada dengan aturan Allah.

Perkahwinan dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar pada 17 Februari 2019, kata Ziela, bukan berlandaskan kerana harta benda kerana suaminya, seorang yang sangat sederhana.

Namun, keperibadian, Syed Osman yang bersedia menerima kelebihan dan kekurangan dirinya menyebabkan Ziela terbuka hati menerima lamaran selepas lebih lima minggu berkenalan. Menurut Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, Syed Osman juga seorang yang sangat terbuka apabila memahami dirinya yang sukar untuk melupakan kenangan hidup bersama suami pertama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Kata Ziela, sebagai wanita yang sudah selesa hidup sebagai ibu tunggal selama 11 tahun, bukan mudah untuk dia membuat keputusan kembali menjadi isteri atau lebih tepat untuk bermadu buat kali kedua. Ziela mengakui, membuat keputusan untuk melalui episod sebagai isteri kedua untuk sekali lagi menuntutnya berfikir panjang kerana banyak hal dan pertimbangan yang perlu dibuatnya.

“Lima minggu kami kenal memang waktu yang singkat. Tapi saya yakin bahawa ini semua takdir Allah,” kata Ziela berkongsi cerita dengan Astro AWANI pada Isnin. Perkongsian cerita pernikahan kali kedua ini dibuat Ziela selepas tular di media sosial mengenai hantaran seorang gadis yang mendakwa pelakon itu menikahi bapanya sebagai isteri kedua.

Ekoran itu, warganet mula berdebat dan saling membalas hujah masing-masing. Ziela, 51, menikahi Syed Osman, 55, di sebuah masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudaranya. Isu perkahwinannya dengan Syed Osman yang menjadi bahan perbincangan warganet juga sebetulnya, jelas Ziela, memberi isyarat bahawa dia perlu berkongsi dengan masyarakat mengenai statusnya.

Ziela menegaskan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua. Selain mahu menjaga hati banyak pihak, Ziela juga memilih tidak berkongsi sebarang cerita selama dua tahun kerana menunggu masa yang sesuai. Namun, tindakan anak Syed Osman yang mendahului dengan berkongsi di Twitter menjentik hatinya untuk terbuka mengenai perkahwinan kali keduanya itu.

“Sejujurnya, saya terkejut dan agak ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Namun, dalam masa sama, saya melihat perkongsian itu dari sisi positif dan berpendapat itu satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba. Bahkan, saya amat yakin tindakan itu juga membawa maksud mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan termasuk menjadi tumpuan media dan warganet,” ujar Ziela dalam nada tenang.

Datuk Ziela Jalil (memangku cucu) bersama suami, Datuk Syed Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Menurut Ziela yang juga pengasas syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd, pada awal perkahwinan dengan Syed Osman, dia juga cuba merahsiakan perkahwinan itu daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Ziela enggan anak-anak merasakan seolah-olah dia sudah melupakan Allahyarham bapa mereka.

“Saya tegaskan pada anak-anak, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi,” kata Ziela yang juga ibu kepada tiga orang anak serta nenek kepada seorang cucu.

Menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Megat Junid pada 1991, Ziela dikurniakan sepasang anak iaitu Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*