Menggeletar & Malu Disentuh Suami Lepas Akad Nikah, Ustazah Ini Beritahu Kenapa Harus Dihentikan

Sejak kebelakangan ini tular video di media sosial memaparkan pasangan pengantin yang tersipu malu apabila pertama kali bersentuhan selepas diijabkabulkan dengan pasangan mereka.

Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin berkenaan yang menjaga batas sebelum berkahwin sehingga kaku untuk bersentuhan dengan pasangan halal selepas nikah.

Trend tersebut turut mendapat perhatian, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh yang memberikan pendapatnya di Facebook.

“Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini.

“Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.

“Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi,” tulisnya.

Kata Ustazah Sharifah lagi, acara sarung cincin sepatutnya berlangsung dalam masa singkat, namun dek kerana usikan nakal penonton sekaligus meletakkan pengantin dalam situasi memalukan.

“Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama.

“Lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Sharifah berkata wanita muslimah sebenar yang bersikap pemalu pastinya tidak akan membiarkan dia menjadi bahan usikan orang ramai.

Malah, Ustazah Sharifah turut menitipkan pesanan buat ibu bapa agar menasihati anak gadis mereka mengenai perkara itu kerana bimbang usikan tersebut menggores maruah wanita.

Ss

 

Sumber : Facebook & mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*