Ada Yang Tanya Tak Menangis Ke Saat Anak Pertama Lahir, Sekali Tak Berdiam Diri Fizo Omar Tampil Beri Jawapan Buat Ramai Terdiam

Meskipun bukan kali pertama, pelakon popular Fizo Omar mengakui air matanya menitis saat melihat peng.orbanan isteri tercinta, Fazeera Nazri melahirkan bayi perempuan mereka pada 25 Jun lalu. Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, air matanya mengalir ketika melihat isterinya bert.arung nyawa melawan rasa sakit ketika melahirkan anak secara normal. Namun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu bersyukur kerana mereka membuat keputusan tepat iaitu mengambil suntikan bius epidural untuk mengurangkan rasa sakit sepanjang tempoh kontraksi.

“24 Jun lalu, isteri dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan mengambil masa hampir 10 jam untuk melahirkan bayi kami. Nasib baik kami ambil suntikan bius epidural, kalau tidak memang tak sanggup lihat dia menanggung kesakitan sebelum bersalin. Gugur air mata jantan seorang suami apabila melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat kita,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan. Pada 25 Jun, air mata jantan sekali lagi gugur. Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini. Ketika ini memang tak boleh tahan perasaan sampai menggigil tangan ketika diminta memotong tali pusat bayi.

“Pada waktu itu, muncul satu bisikan ini z.uriat kau, jadi ayah dan suami dan contoh yang baik kepada keluarga,” kongsinya lagi. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kelantan itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana lelaki yang akan bergelar seorang bapa agar sentiasa berada di samping isteri pada saat getir. Pesanan saya kepada suami dan bakal ayah, ambillah momen ini bukan sahaja untuk berada bersama dengan isteri tetapi juga diri sendiri. Bukan mudah nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. “Kadang-kadang pengalaman juga buat kita faham mesej yang hendak disampaikan daripada Allah yang buat kita bergelar ayah dan suami,” ujarnya lagi.

Cuba Faham Maksud

Ada warganet tinggalkan komen seolah memerli Fizo dengan membandingkan proses bersalin isterinya dengan bekas isterinya, Mawar Karim. Malah, ada warganet mendkwa pelakon itu seolah tidak menghargai bekas isteri yang melahirkan anak mereka, Wan Maryam secara operasi. Tidak hanya berdiam diri, Fizo tampil membidas tdvhan warganet itu dengan menjelaskan bahawa ia merupakan pengalaman pertamanya melalui proses bersalin secara normal. Jelasnya lagi, perlu ke untuk imbas kembali sedangkan dia berkongsikan pengalaman mengenai proses bersalin isterinya, Fazeera melahirkan anak mereka.

Maryam dulu lahir secara operasi dan saya tak dapat pengalaman yang sama. Boleh faham tak? Tak perlu la komen bunyi macam b.usuk. “Pastu perlu ke saya nak buat throwback sedangkan sekarang ni saya tengah cerita pasal bayi saya dengan Fazeera. Cuba guna akal yang ada tu dan faham apa maksud nak disampaikan,” tulisnya.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berc.erai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia lima tahun.

 

 

 

 

Sumber : Online Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*