Netlzen perasan sesuatu layanan terhadap Anak tirinya, Sekali Izreen buka mulut “Otak ada tp tk guna..”

Baru-baru ini, pelakon, Izreen Azminda memuat naik beberapa posting yang menunjukkan dua orang anak tirinya datang ke rumah dan bermain bersama anak-anaknya yang lain. Lebih meriah, kesemua mereka kelihatan gembira tatkala melakukan aktiviti riadah ‘outdoor’ bersama bapa mereka.

Namun begitu, timbul pula kontroversi di mana Izreen didakwa tidak membasuh pakaian anak tirinya semasa hendak hantar mereka pulang. Betul ke?

Sebelum menghantar anak tirinya pulang, Izreen berkata dia sudah mengemas baju mereka di dalam beg pakaian. Pada masa yang sama, Izreen sudah mengasingkan baju kotor yang tidak sempat dibasuh kerana dipercayai dipakai pada hari tersebut. Berikutan daripada itu, netizen mendakwa Izreen sengaja mahu menyusahkan bekas isteri suaminya kerana perlu membasuh baki pakaian kotor tersebut.

Geram dengan dakwaan yang dilontarkan, Ude tampil ‘back up’ isterinya. Jelas Ude, dia tidak faham dengan pemikiran segelintir netizen pada masa kini. Menurut Ude, Izreen telah membasuh kesemua pakaian yang dibawa kecuali pakaian yang digunakan pada hari yang mereka ingin menghantar anak-anak pulang.

Meski bergelar ibu tiri, pelakon Izreen Azminda tetap mencurahkan kasih sayang sama terhadap dua anak suaminya menerusi perkahwinan terdahulu.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik foto dan video di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, is merakamkan aksi suami kepada pelakon berusia 34 tahun itu telah meluangkan masa bersama anak-anaknya. Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014. Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

 

 

 

 

 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*