Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji Rupanya Menantu Ustazah Norhafizah Musa

Tahniah buat Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub yang selamat menerima menantu pada 2 Februari 2022 yang lepas. Diam tak diam, dah dua orang menantu pemnceramah motivasi kesayangan ramai ni, Alhamdulillah!

Kira-kira lima bulan melangsungkan pertunangan, akhirnya anak lelaki Ustazah Norhafizah dan Ustaz Azahar, Asyraf Murtadha sah bergelar seorang suami kepada Aisyah Zafirah.

Terdahulu, kakak kepada Aisyah iaitu Nur Nadratun Naeemah mendirikan rumah tangga pada awal September 2020.

Majlis perkahwinan Aisyah dan Asyraf menarik perhatian pengikut Ustazah Norhafizah kerana disambut dalam suasana penuh indah dan tenang walaupun situsi pandemik sekarang belum berpenghujung.

Hanya menjemput tetamu dalam jumlah yang terhad, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah meraih pujian ramai.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pengantin perempuan, Aisyah Zafirah bukan hanya memiliki raut wajah yang cantik dan sedap mata memandang, penampilan Aisyah yang sopan dan melambangkan ciri muslimah sejati membuatkan ramai yang terpesona.

Tidak kurang juga pengantin lelaki yang memiliki rupa paras menarik serta kacak. Pendek kata, memang sama cantik sama padan!

Usai majlis pernikahan pada 2 Februari 2022, pasangan ini diraikan didalam majlis kesyukuran menyambut menantu pada 5 Februari 2022 lalu di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur.

Dalam nada penuh syukur, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya. Kongsi Ustazah, “Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah.

“Gugusan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumahtangga dengan penuh sakinah mawaddah warahmat.

“Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah swt. Dengan rendah htai, Ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat-sahabat, tuan-puan budiman untuk raja sehari ini.

“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan dah guru atas keterbatasan yang harus dijaga. Inshaallah mudah-mudahan pada kenduri yang akan datang boleh dibesarkan lagi skala jemputan.

“Sejujurnya kami tidak berbelanja besar, Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana. Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.

Semoga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati Allah swt dan berbahagia hingga ke syurga!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : FB Ustazah Norhafizah Musa via viralmy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*